Rabu, 8 Jun 2022

DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM ( E-FOLIO )

 

   


TAJUK: PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU DAN CARA PENYELESAIANYA


Nama Pensyarah: Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri


Disediakan Oleh:

Muhammad Syahmie Bin Mohamad Sukri - 02DBS19F2028
Muhamad Sufi Bin Zamri - 02DBS19F2004
Sangaran A/L Silvaraju - 02DBS19F2014


PENDAHULUAN

Asslamualaikum kepada Para Pelajar dan pembaca sekalian, kami merupakan pelajar dari POLISAS telah membuat satu tugasan menggunakan sistem internet iaitu blog yang bertajuk punca-punca hiburan melampau dan cara penyelesaianya. Tujuan kami adalah untuk melaksanakan e-folio untuk tugasan terakhir Khursus DUA6022: Komunikasi dan Penyiaran Islam. Tugasan e-folio ini sangat penting kerana ia merupakan tugasan yang dapat menentukan markah dalam pencapaian kami dalam subjek ini, oleh itu, kami berharap perlaksanaan menggunakan Blog adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan markah pointer 4.0 atau A dalam subjek ini......AMINNNNN.


Kami bersyukur kerana mempunyai pensyarah yang bagus untuk membimbing kami supaya berjaya dalam subjek ini, dan pensyarah itu merupakan antara pensyarah paling penyabar dalam POLISAS kerana selalu memberi peluang kepada pelajar dalam penyiapan dan masa penghantaran tugasan-tugasan sekarang dan sebelum ini. 

 

Okay cukup sampai disitu, tujuan sebenar dalam tajuk ini untuk memberi pengukuhan terhadap kefahaman pelajar dan pembaca mengenai isu yang akan dibahaskan dibawah serta memberi pendedahan tentang isu-isu yang berkaitan dengan sukatan dalam kursus.




PENGENALAN

Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia. Semua orang menginginkan hiburan untuk menghiburkan hati mereka. Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan terasebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT? atau menyalahgunakan hiburan tersebut untuk perkara-perkara maksiat?

Pada masa kini, hiburan terdapat di mana-mana sahaja, tidak kira tempat, waktu mahupun sesiapa, kerana ia adalah salah satu cara manusia menghabiskan masa yang terluang sama ada secara positif atau negatif .


APAKAH MAKSUD HIBURAN MELAMPAU?


Jadi apa itu hiburan sebenarnya? hiburan merupakan perbuatan yang direka/dicipta untuk memberi kenikmatan ketika melakukan sesuatu, terdapat beberapa hiburan contoh telefon pintar, ia merupakan alat teknologi yang memberikan pelbagai hiburan kepada pelbagai pengguna yang memilikinya. Setiap perbuatan yang memberikan perasaan yang ceria dan gembira, maka itulah hiburan.


Hiburan terbahagi kepada 3 iaitu hiburan yang mendatangkan kebaikan, hiburan yang memberikan keburukan dan hiburan yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kita. Dalam islam, setiap jenis hiburan mempunyai hukumnya yang tersendiri, contoh hiburan kebaikan, hukumnya adalah harus, bagi keburukan pula, ia adalah haram manakala bagi yang tidak memberi faedah, ia adalah makruh.




AKHLAK

Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : “Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.


Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”

 

Akhlak berasal dari perkataan Al Khuluq. Al-Khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.



HADIS  BERKAITAN  DENGAN  HIBURAN


Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:


 “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”


(Ibnu Majah)


Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.




ADAKAH  HIBURAN  MELAMPAU  BOLEH  KITA  AMALKAN?


ISLAM ialah agama yang sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Pendek kata, apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan suatu hiburan.


Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah agama. Kesederhanaan sangat penting dalam usaha mencari hiburan. ALLAH SWT menjadikan kehidupan dunia penuh dengan keseronokan, permainan dan kelalaian. Semua itu adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan hamba-NYA yang paling baik amalan dan paling bersyukur kepada-NYA.


Rasulullah SAW juga berhibur melalui sukan lumba lari bersama isterinya. Namun begitu Rasulullah SAW mengakui solat merupakan kerehatan dan hiburan sebenar baginda. Ini menunjukkan baginda meraikan hiburan yang berbentuk sederhana walaupun solat merupakan keutamaan dan hiburan paling menyeronokkan baginda.


Saidina Ali bin Abi Talib RA juga pernah menyarankan agar hiburkan hati dan mencari hikmah-hikmah yang menarik kerana hati mudah berasa bosan seperti badan yang keletihan. Oleh sebab itu, kita hendaklah memilih jenis-jenis hiburan yang sesuai dan tidak melalaikan jiwa daripada mengingati ALLAH SWT.


Jadi jawapan bagi pertanyaan di atas adalah Ya, kerana selagi hiburan itu tidak melalaikan jiwa, maka ia adalah tidak dilarang oleh islam.





PUNCA-PUNCA  HIBURAN  MELAMPAU


Keruntuhan akhlak remaja zaman ini boleh berpunca daripada salahnya cara ibu bapa mendidik mereka daripada kecil. Jika dibesarkan dengan kurang perhatian dan kasih sayang, anak-anak akan terbiar. Mereka lebih selesa membuat hal sendiri. Jika dengan kekerasan, anak-anak akan suka menipu dan memberontak. Oleh itu, mereka akan mencari rakan untuk meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang diterima dari pihak keluarga. Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran remaja sekarang adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial seperti melepak, merempit dan lain-lain. Yang paling ketara, remaja zaman sekarang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Bagi mereka, telefon bimbit seperti nyawa mereka. Yang merisaukan adalah cara penggunaan gadjet. Daripada penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan, mereka terdedah dengan perkongsian lucah dan benda yang tidak senonoh. Terdapat banyak aplikasi masa kini yang memberi pautan dan laman web tidak elok. Akibat daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja yang teransang dengan fikiran yang tidak senonoh dan perangai yang kurang menghormati orang lain terutama wanita. Fikiran yang kotor boleh membawa mereka kepada hubungan kaum sejenis, rogol dan liwat.

Remaja penuh dengan sifat ingin tahu dan suka mencuba benda baru. Kebanyakkan remaja lebih suka berkongsi dengan kawan sama umur atau yang memahami keadaan diri mereka. Akan tetapi, jika salah memilih rakan, ia juga boleh membawa padah. Kawan yang mempunyai aura negatif, boleh menyebabkan terjerumusnya kepada dadah, arak dan lain-lain. Kes seperti ini sering terjadi dikalangan remaja yang belajar jauh dari keluarga dan tidak biasa dengan suasana baru. Ini boleh menyebabkan remaja-remaja mengalami kejutan budaya di tempat baru. Bila remaja-remaja ini sudah terjebak, mereka berasa seronok. Mereka menggunakan alasan bahawa jauh dari keluarga dan kawan adalah teman untuk berseronok. Tambahan pula, berkenalan dengan berlainan jantina juga adalah salah satu hiburan buat remaja zaman sekarang. Budaya bercouple makin berleluasa dikalangan remaja bagi menghilangkan sunyi dan membuat teman keluar. Melihat rakan mempunyai pasangan, kita pun ingin mencuba. Budaya seperti ini boleh membawa kepada zina. Daripada budaya ini, kita banyak mendengar kes-kes pembuangan bayi di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.



CARA-CARA  UNTUK  MENGATASI  HIBURAN  MELAMPAU


  • Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.

  • Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

  • Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.

  • Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

  • Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.

  • Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.

  • Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani. 

  • Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 

  • Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

  • Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM ( E-FOLIO )

      TAJUK: PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU DAN CARA PENYELESAIANYA Nama Pensyarah: Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri Disediakan Oleh: Muham...